KELAB TAJWID AL-BAGHDADI DIBUKA, daftar segera!!!

Jom bersama kami belajar ilmu Tajwid Mudah - Tajwid AlBaghdadi - intensif 3 bulan sahaja!!!hubungi segera, tempat terhad - 0199610849..

DUTA ALC.PBC

Jom bersama kami belajar Al-Quran dengan Teknik al-Baghdadi..

KETAHUI KESITIMEWAAN TEKNIK AL-BAGHDADI!

Ketahui 10 sebab perlu belajar Al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi. Pelbagai Kesitimewaan dan keajaiban teknik ini!!

Testimoni Teknik Al-Baghdadi

Jadilah ibu bapa yang bertuah!!

Al-Baghdadi Playtime

Anak-anak belajar dengan bermain, teknik Al-baghdadi menggunakan pendekatan belajar sambil bermain dengan set Al-Baghdadi "Playtime"

May 15, 2012

Intensif Asas Al-Quran Cuti Sekolah


Assalamualaikum. WBT

Berita baik buat semua..... sempena cuti sekolah yang bakal  tiba nanti... Kami ALC.PBc akan menganjurkan Intensif Asas Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi.

Terbuka kepada anak-anak / pelajar berumur 9-15 tahun sahaja.

Intensif selama 4 hari : 28 - 31 Mei 2012 (Isnin - Khamis)

Yuran hanya RM150 (Set Tamhid Al-Baghdadi+Alat Ketuk+Makan(Pg Tghari & Ptg)+Sijil)

Daftar Segera!! Terhad 30 oarng Peserta sahaja!!! Daftar & Bayar Awal diutamakan!!!

Hubungi kami Segera : 
0199610849 / 0139220849

May 6, 2012

CD Al-Baghdadi Mula Dijual Hari ini


perasmian

Ustaz Jalaluddin mengiringi Datuk Hasbullah memotong reben

CD Lagu Teknik Al Baghdadi yang dinasyidkan oleh Kumpulan Deevotees, telah berjaya dilancarkan pada hari ini. Majlis Pelancaran tersebut telah diadakan di pentas utama PWTC dan telah disempurnakan oleh Datuk Hasbullah Bin L. Isa yang merupakan Penasihat Yayasan Al Baghdadi.

Beliau terlebih dahulu telah memberikan ucapannya di hadapan ribuan hadirin serta barisan ATC dan ALC yang turut hadir menyaksikan pelancaran CD berkenaan.  Dalam ucapan beliau yang ringkas tetapi mengandungi mesej itu, beliau menyeru lebih ramai golongan artis dan juga orang ramai menyokong usaha-usaha mengajak masyarakat mempelajari al-Quran. Kaedah terkini yang mendapat sambutan di dalam masyarakat ialah Kaedah Al Baghdadi.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Deevortees dan Deevortees Junior. Orang ramai boleh mendapatkan CD berkenaan dengan RM22 DI alc.pbc.

May 2, 2012

Perjumpaan ALC-ALC di Selangor



Majlis Perjumpaan ALC-ALC Negeri Selangor telah dihadiri oleh hampir kesemua Pengurus ALC. Kehadiran mereka dapat memberi semangat baru kepada ALC-ALC lain yang hadir. Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen yaang tinggi demi memartabatkan pendidikan al-Quran di negeri Selangor.
Majlis ini merupakan perjumpaan setiap bulan yang dianjurkan oleh ATC Negeri Selangor bagi merapatkan ukhuwwah di samping mendengar masalah yang dihadapi oleh ALC-ALC di negeri Selangor.
Taklimat dan ucapan oleh Pengarah ATC Selangor Ustaz Abdul Rasyid bin Abdul Ghani merupakan amanat penting sebelum beliau meninggalkan tanahair selama sebulan untuk menunaikan ibadah Umrah di Mekah.
Di antara amanat penting yang disampaikan semalam ialah, ALC-ALC mesti mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan al-Quran, justeru itu ATC telah menyusun program pemantapan yang akan dibuat pada setiap hujung minggu kelima . Selain itu juga ALC wajib menjaga amalan fardhu dan sunat serta amalan-amalan yang boleh meningkatkan iman serta membersihkan hati seperti amalan membaca al-Quran, berzikir serta solat-solat sunat.
Keikhlasan hati amat penting bagi memastikan setiap amalan diterima oleh Allah dan mendapat ganjaran disisiNya. Segala perselisihan dan ketidakpuasan hati hendaklah diselesaikan dengan cara terbaik bagi memastikan ALC-ALC dapat beroperasi dengan baik.