KELAB TAJWID AL-BAGHDADI DIBUKA, daftar segera!!!

Jom bersama kami belajar ilmu Tajwid Mudah - Tajwid AlBaghdadi - intensif 3 bulan sahaja!!!hubungi segera, tempat terhad - 0199610849..

DUTA ALC.PBC

Jom bersama kami belajar Al-Quran dengan Teknik al-Baghdadi..

KETAHUI KESITIMEWAAN TEKNIK AL-BAGHDADI!

Ketahui 10 sebab perlu belajar Al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi. Pelbagai Kesitimewaan dan keajaiban teknik ini!!

Testimoni Teknik Al-Baghdadi

Jadilah ibu bapa yang bertuah!!

Al-Baghdadi Playtime

Anak-anak belajar dengan bermain, teknik Al-baghdadi menggunakan pendekatan belajar sambil bermain dengan set Al-Baghdadi "Playtime"

Feb 23, 2012

PENDAFTARAN BARU KINI DIBUKA!! SESI MAC - MEI 2012


KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS / FACEBOOK USTAZ ZARIMI

Keistimewaan Program Al-Baghdadi

1. 2 Buah Buku Yang Padat, Ringkas, Mudah

dan Ekslusif.

2. Kaedah Sistematik, Pendekatan Inovatif &

Teknik Yang Menarik (Teknik Ketukan).

3. Tumpuan Kepada 6 Kemahiran Asas

Membaca Al-Quran.

4. Teknik Pengajaran Bahasa Yang Terbukti

Berkesan; SAS ( Struktur, Analisis &

Sintesis ).


Feb 17, 2012

MAKLUMAN TERKINI!


ASSALAMUALAIKUM WBT

SETELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA...

MAKLUMAN!! KELAS PRA PADA MLM INI DI BATALKAN ATAS SEBAB@ YG TIDAK DPT DI ELAKKAN!!!

GANTI DENGAN PERJUMPAAN IBU BAPA PELAJAR
JAM 9 MLM INI - BAWA BUKU+ALAT KETUK (ANAK PUNYA)

KELAS PADA AHAD JUGA DIBATALKAN KERANA TENAGA PENGAJAR TERLIBAT DENGAN PEPERIKSAAN SEMESTER DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

PIHAK ALC.PBC MEMOHON MAAF PADA IBU BAPA & PELAJAR... KESULITAN AMAT DI KESALI.

PIHAK ALC.PBC MENGHARAPKAN AGAR IBU/BAPA DAPAT MENGULANGKAJI PELAJARAN BERSAMA ANAK-ANAK DI RUMAH UNTUK MENDAPATKAN KESAN YANG LEBIH BAIK. INSYA'ALLAH.

KELAS SEPERTI BIASA JUMAAT MINGGU DEPAN, INSYA'LLAH.

Feb 15, 2012

Terkini : Al-Baghdadi akan tiba di Singapura

tnsingapuraSememangnya teknik Al-Baghdadi kini bukan menjadi rahsia atau milik rakyat Malaysia sahaja. Setelah teknik ini tersiar di stesyen-stesyen TV seperti TV1,TV3 dan yang terbaru di TV Al-Hijrah, penduduk dunia kini telah mengetahui kewujudan teknik ini. Satu-satunya teknik terbaru cara mudah belajar dan mengajar asas Al-Quran.

Berita terbaru yang kami perolehi, Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. akan mengadakan Kursus Pengenalan Teknik Al-Baghdadi di Singapura pada 10 Mac ini di Masjid Omar, Kg Melaka yang juga merupakan masjid pertama dan tertua di Republik Singapura

Menurut pengasas teknik ini, Ustaz Jalaluddin Hassanuddin, beliau kini telah mempunyai beberapa orang calon yang bakal dilantik sebagai Al-Baghdadi Training Centre (ATC) Singapura. Meskipun sebelum ini ramai juga di kalangan rakyat Singapura telah mengenali teknik ini, mereka hanya boleh mengikuti Kursus Perunding,Kursus Asas dan Kursus Tajwid yang diadakan di negeri jirannya iaitu di Negeri Johor.

Feb 12, 2012

Lebih 100,000 Telah Menyertai Pembelajaran Al-Quran Dengan Teknik Al-Baghdadi

Lebih 100,000 orang telah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. sama ada menerusi pusat pada peringkat awal dan melalui rangkaian Al-Baghdadi Training Centre (ATC) di setiap negeri serta Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) di setiap daerah bagi seluruh negara dalam tempoh 3 tahun .

Jumlah ini menunjukkan satu tanda bahawa masyarakat mulai sedar kepentingan mempelajari al-Quran sebagai tunjang kehidupan masyarakat Islam. Kursus yang diadakan secara berterusan oleh pihak Al-Baghdadi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui teknik ini secara lebih dekat.

Pengenalan

’Teknik Al-Baghdadi’ mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Ust Jalaluddin bin Haji Hassanuddin yang memiliki Ijazah Sarjanamuda dalam bidang Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran dari Saddam University for Islamic Studies, Baghdad, Iraq. Beliau yang telah melibatkan diri lebih 10 tahun dalam pendidikan Al-Quran mengambil inisiatif untuk melakukan transformasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran Al-Quran supaya pembelajaran Al-Quran lebih mudah, menarik dan berkesan serta dapat dikuasai dalam masa yang singkat.

Melalui pendekatan sistem SAS yang diterapkan dalam penyusunan buku ini dan digabungkan dengan Teknik Ketukan, menjadikan kaedah ini sangat mudah dipelajari, menarik dan sangat berkesan bagi mereka yang masih tidak tahu membaca al-Quran.

Kursus-kursus

Pelbagai program telah dianjurkan termasuk Kursus Asas, Kursus Perunding, Kursus Intensif Tajwid dan yang terbaru ialah Kursus Al-Baghdadi untuk pra-sekolah (tadika). Program tersebut menjadi pemangkin bagi perkembangan Teknik ini di Malaysia. Kini Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. memiliki 13 buah Al-baghdadi Training Centre (negeri) dan lebih 218 Al-Baghdadi Learning Center (daerah) di seluruh tanah air.

Penerimaan Masyarakat

Transformasi dalam pembelajaran dan pengajaran al-Quran yang telah dilakukan melalui teknik ini dengan moto “Belajar Al-Quran Mudah, Menarik Dan Berkesan Dengan Teknik Al-Baghdadi’ menjadi tumpuan organisasi korporat, NGO dan masyarakat mendekati al-Quran sebagai sumber rujukan dan amalan dalam kehidupan. Pelbagai syarikat korporat seperti Takaful Ikhlas telah mengambil inisiatif memperkenalkan teknik ini kepada semua kakitangannya. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam dan Politeknik Sultan Azlan Shah telah menganjurkan kursus Teknik Al-Baghdadi kepada pegawai dan kakitangan mereka.

Teknik ini juga telah dipilih menyertai pembentangan kertas kerja di Seminar Wahyu dan Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Peluang di ALC Pinggiran Batu Caves

Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Pinggiran Batu Caves merupakan salah sebuah ALC yang diwujudkan oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd di negeri Selangor. Kini sudah berusia 2 bulan lebih ALC Pinggiran Batu Caves beroperasi. Kami masih membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program dan aktiviti pembelajaran AlQuran di sini. Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web http://alcpinggiranbcaves.blogspot.com/ atau melalui FaceBook Ustaz Zarimi @ hubungi 0199610849 / 0139220849. Semoga usaha ini dapat mengurangkan tahap buta Al-Quran di kalangan masyarakat ke tahap sifar.