ADIK SOFFIAH JAMILAH : 5 TAHUN
TERTARIK  DENGAN  CARA  MUDAH  BELAJAR  AL-QURAN  TEKNIK  AL-BAGHDADI
Assalamu’alaikum.
Saya, Puan Anisah dari Kuantan telah mengikuti  beberapa siri kursus anjuran Syihab Resourcers.
Selesai  mengikuti Kursus Perunding pada 15-16 Mei 2010 saya berazam melakukan  testimoni pertama kepada anak perempuan saya Sofiyyah Jamilah yang  berusia 5 tahun.  Anak saya sudahpun mengenali huruf-huruf hijaiyyah  sebelum ini.
Setelah diperkenalkan teknik ini, dia lebih tertarik belajar dan seronok menggunakan alat ketukan tidak  langsung membantunya mengenal, mengingat dan menguasai bacaan secara  lebih berdisiplin,  terkawal dan baik sepanjang proses pembelajaran.   Membaca sambil mengetuk pada peringkat permulaan secara
Saya  dapati bantuan alat ketukan menjadikannya lebih berminat belajar dan  berusaha untuk cepat menghabiskan kandungan buku Tamhid Al-Baghdadi.  Dalam tempoh 2 – 3 minggu anak saya berjaya menghabiskan kandungan buku  tersebut seterusnya bermotivasi mengulang-ulang bacaan yang telah dibaca  tanpa paksaan. 
Minggu  seterusnya saya mengujinya dengan potongan ayat-ayat Al-Quran secara  rawak termasuk sebahagian besar kandungan buku Iqra’  4, 5 dan 6.  Alhamdulillah dia dapat mengenal dan membacanya dengan baik. Kini dia  sudah dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan agak baik hingga juzuk ke-4  di samping berminat menghafal surah-surah lazim.
Insya-Allah  saya berazam untuk terus mengenengahkan dan berkongsi ilmu tentang  teknik Al-Baghdadi ini dengan anak-anak didik, rakan-rakan  dan sesiapa  sahaja yang memerlukan.
Tahniah  kepada pengasas Syihab Resourcers dan seluruh warga kerjanya dengan  izin Allah telah memperkenal dan mengembangkan teknik mudah dan menarik  dalam mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran. Mudah-mudahan usaha ini  menjadi salah satu cara efektif yang akan dapat membantu menangani  masalah penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam masa  kini.
Teruskan usaha memartabatkan Al-Quran . 
Terima kasih
Wassalam.
Anisah Manaf  
013-9569847
29.10.2010 / 21 Zulqaedah 1431.
Alhamdulillah,  Dengan Teknik Al-Baghdadi Saya Boleh Membaca Al-Quran Dalam TempohHari  Sahaja, Terima Kasih Al-Baghdadi, Terima Kasih 22 Ustazah
"Teknik Al-Baghdadi Memudahkan saya mengajar Al-Quran dan mengawal disiplin murid saya, 
mengajar dengan teknik Al-Baghdadi tidak memenatkan saya serta murid tidak jemu untuk melakukan latih tubi…Alhamdulillah denganizin Allah swt., dua murid saya telah mampu membaca Al-Quran dalam tempoh 22 hari diperkenalkan dengan Teknik Al-Baghdadi, Sangat Berkesan”Ustazah Rohaya Man
Guru Al-Quran, Alor Setar Kedah








