Lebih   100,000 orang telah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh   Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. sama ada menerusi pusat pada peringkat awal   dan melalui rangkaian Al-Baghdadi Training Centre (ATC) di setiap   negeri serta Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) di setiap daerah bagi   seluruh negara dalam tempoh 3 tahun .  Jumlah   ini menunjukkan satu tanda bahawa masyarakat mulai sedar kepentingan   mempelajari al-Quran sebagai tunjang kehidupan masyarakat Islam. Kursus   yang diadakan secara berterusan oleh pihak Al-Baghdadi memberi peluang   kepada orang ramai untuk mengetahui teknik ini secara lebih dekat.
  Pengenalan
 ’Teknik   Al-Baghdadi’ mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Ust Jalaluddin  bin  Haji Hassanuddin yang memiliki Ijazah Sarjanamuda dalam bidang   Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran dari Saddam University for   Islamic Studies, Baghdad, Iraq. Beliau yang telah melibatkan diri lebih   10 tahun dalam pendidikan Al-Quran mengambil inisiatif untuk melakukan   transformasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran Al-Quran supaya   pembelajaran Al-Quran lebih mudah, menarik dan berkesan serta dapat   dikuasai dalam masa yang singkat.
 Melalui   pendekatan sistem SAS yang diterapkan dalam penyusunan buku ini dan   digabungkan dengan Teknik Ketukan, menjadikan kaedah ini sangat mudah   dipelajari, menarik dan sangat berkesan bagi mereka yang masih tidak   tahu membaca al-Quran.
  Kursus-kursus
 Pelbagai   program telah dianjurkan termasuk Kursus Asas, Kursus Perunding,  Kursus  Intensif Tajwid dan yang terbaru ialah Kursus Al-Baghdadi untuk   pra-sekolah (tadika). Program tersebut menjadi pemangkin bagi   perkembangan Teknik ini di Malaysia. Kini Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.   memiliki 13 buah Al-baghdadi Training Centre (negeri) dan lebih 218 Al-Baghdadi Learning Center (daerah) di seluruh tanah air.
  
 Penerimaan Masyarakat
 Transformasi   dalam pembelajaran dan pengajaran al-Quran yang telah dilakukan  melalui  teknik ini dengan moto “Belajar Al-Quran Mudah, Menarik Dan  Berkesan  Dengan Teknik Al-Baghdadi’ menjadi tumpuan organisasi  korporat, NGO dan  masyarakat mendekati al-Quran sebagai sumber rujukan  dan amalan dalam  kehidupan. Pelbagai syarikat korporat seperti Takaful  Ikhlas telah  mengambil inisiatif memperkenalkan teknik ini kepada semua   kakitangannya. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti   Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah   Alam dan Politeknik Sultan Azlan Shah telah menganjurkan kursus Teknik   Al-Baghdadi kepada pegawai dan kakitangan mereka.
 Teknik   ini juga telah dipilih menyertai pembentangan kertas kerja di Seminar   Wahyu dan Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa yang diadakan di   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.
Peluang di ALC Pinggiran Batu Caves
 Al-Baghdadi  Learning Centre (ALC) Pinggiran Batu Caves merupakan salah sebuah ALC yang  diwujudkan oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd di negeri Selangor. Kini sudah  berusia 2 bulan lebih ALC Pinggiran Batu Caves beroperasi. Kami masih membuka peluang  kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program dan aktiviti  pembelajaran AlQuran di sini. Sebarang maklumat lanjut, boleh layari  laman  web http://alcpinggiranbcaves.blogspot.com/ atau melalui FaceBook Ustaz Zarimi @ hubungi 0199610849 / 0139220849. Semoga  usaha ini dapat mengurangkan tahap buta Al-Quran di kalangan masyarakat  ke tahap sifar.