Feb 15, 2012

Terkini : Al-Baghdadi akan tiba di Singapura

tnsingapuraSememangnya teknik Al-Baghdadi kini bukan menjadi rahsia atau milik rakyat Malaysia sahaja. Setelah teknik ini tersiar di stesyen-stesyen TV seperti TV1,TV3 dan yang terbaru di TV Al-Hijrah, penduduk dunia kini telah mengetahui kewujudan teknik ini. Satu-satunya teknik terbaru cara mudah belajar dan mengajar asas Al-Quran.

Berita terbaru yang kami perolehi, Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. akan mengadakan Kursus Pengenalan Teknik Al-Baghdadi di Singapura pada 10 Mac ini di Masjid Omar, Kg Melaka yang juga merupakan masjid pertama dan tertua di Republik Singapura

Menurut pengasas teknik ini, Ustaz Jalaluddin Hassanuddin, beliau kini telah mempunyai beberapa orang calon yang bakal dilantik sebagai Al-Baghdadi Training Centre (ATC) Singapura. Meskipun sebelum ini ramai juga di kalangan rakyat Singapura telah mengenali teknik ini, mereka hanya boleh mengikuti Kursus Perunding,Kursus Asas dan Kursus Tajwid yang diadakan di negeri jirannya iaitu di Negeri Johor.

0 comments:

Post a Comment