KELAB TAJWID AL-BAGHDADI DIBUKA, daftar segera!!!

Jom bersama kami belajar ilmu Tajwid Mudah - Tajwid AlBaghdadi - intensif 3 bulan sahaja!!!hubungi segera, tempat terhad - 0199610849..

DUTA ALC.PBC

Jom bersama kami belajar Al-Quran dengan Teknik al-Baghdadi..

KETAHUI KESITIMEWAAN TEKNIK AL-BAGHDADI!

Ketahui 10 sebab perlu belajar Al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi. Pelbagai Kesitimewaan dan keajaiban teknik ini!!

Testimoni Teknik Al-Baghdadi

Jadilah ibu bapa yang bertuah!!

Al-Baghdadi Playtime

Anak-anak belajar dengan bermain, teknik Al-baghdadi menggunakan pendekatan belajar sambil bermain dengan set Al-Baghdadi "Playtime"

Jan 26, 2012

Ustaz, apa guna kayu ni??

Alat ketuk ini merupakan alat bantu mengajar yang di gabungkan dengan Buku Tamhid bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran Al-Quran, cepat menguasai 6 kemahiran asas membaca Al-Quran dan mampu mendisiplinkan pembaca Al-Quran serta boleh menguasai bacaan dengan lebih fasih & tertib.

Rasai kehebatan alat ini apabila anda belajar Al-Quran bersama kami di ALC Pinggiran Batu Caves.

Jan 17, 2012

Liputan berita ALC.PBC di web ATC Selangor


KLIK LINK DI SINI : ALC Pinggiran Batu Caves Telah Dirasmikan

ALC Pinggiran Batu Caves Telah Dirasmikan PDF Print E-mail
Written by Administrator
Monday, 16 January 2012 04:55

tn alcpinggiranSambutan masyarakat terhadap kelab Al-Baghdadi nyata buka sekadar khayalan, namun ia adalah kenyataan . Seperti di ALC Pinggiran Batu Caves yang telah dilancarkan secara rasminya pada malam tadi dihadiri kira-kira lebih 30 orang.

Meskipun kelas asas telah bermula pada minggu lalu dengan penyertaan kira-kira 40 orang, namun masih tidak terlewat untuk mendaftar serta menyertai Kelab Al-Baghdadi di ALC ini. Mereka yang berminat boleh terus menghubungi Ust Zarimi (0199610849) atau Ustazah Azimah (0139220849) .

ALC Pinggiran Batu Caves terletak tingkat 2 bangunan lot kedai di Taman Gombak Permai ( atas Restoran Qudrat). Majlis Pelancaran ALC Pinggiran Batu Caves yang berlangsung malam tadi telah dirasmikan oleh Ust Md Hakim Tamam, Timbalan Pengarah ATC Selangor.

alcpinggiran

Us Hakim sedang menandatangan sijil perasmian.

Last Updated on Monday, 16 January 2012 05:17

Jan 16, 2012

Sambutan Hangat di Majlis Pelancaran ALC.PBC

ALC.PBC lokasinya di atas Restoran Qudrat

15 Jan - Gaombak Permai - Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd dengan jayanya mengorak langkah mengajak masyarakat mendekati, mempelajari Al-Quran dengan pembukaan Al-Baghdadi Learning Center Pinggiran Batu Caves pada semalam 15 Jan jam 9 malam.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Ustaz Md Hakim Bin Tamam selaku Timbalan Pengarah ATC Selangor telah dihadiri sekitar 70 orang dewasa dan kanak-kanak. Sambutan yang tidak diduga itu telah memenuhi ruang dewan ALC.PBC.

Majlis yang bermula dengan Solat Isyak berjemaah, diikuti Taklimat Khas oleh Ustaz Md Hakim Bin Tamam, Slot menandatangan Sijil Perasmian dan diakhiri dengan jamuan ringan.

Us Hakim ketika menyampaikan taklimat

Us Hakim menandatangani sijil perasmian ALC.PBC

Dalam ucapan Us Hakim, kini di Selangor sahaja, Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd telah mempunyai ALC sebanyak 59. Jadi tidak menjadi sebab masyarakat tercari-cari tempat untuk belajar Al-Quran kerana ALC kini sudah berada di mana-mana. ATC Selangor mensasarkan sehingga ke akhir tahun 2012, insya'Allah 200 ALC di seluruh negeri Selangor. Insya'Allah.

Tetamu yang hadir..

Tetamu yang hadir..

Pengarah Perunding Al-Baghdadi Learning Center Pinggiran Batu Caves, Ustaz Mohd Zarimi Bin Abu Zih Al-Hafiz, dalam ucapannya telah menyeru masyarakat sekitar agar sentiasa bersama dengan Al-Quran. Beliau juga mengajak ibu bapa, guru-guru untuk bersama dengan ALC.PBC bagi menghapuskan buta Al-Quran khususnya masyarakat sekitar Pinggiran Bt. Caves.

Berikut ialah jadual Kelab, Kelas di ALC.PBC :

ISnin : 8 - 10 malam : Asas Kanak-Kanak (4 - 14 tahun)

Selasa : 9 - 11 malam : Asas Dewasa (Muslimin)

Rabu : 8 - 10 malam : Asas Dewasa (Muslimat)

Menurut Usatz Mohd Zarimi juga, beliau bagi pihak ALC.PBC, mengalu2kan cadangan jadual kerana terdapat ibu bapa yang mengatakan anak mereka tuisyen pada malam yng ditetapka. untuk boleh menghubungi beliau untuk berbincang di talian 0199610849. -Admin.

Jan 14, 2012

Majlis Pelancaran


Assalamualaikum wbt.

Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) adalah pusat pembelajaran Al-Quran

yang dikawal selia oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.

di bawah program celik Al-Quran bersama teknik Al-Baghdadi.

ALC-ALC ini mula berkembang pada pertengahan tahun ini dan

masih banyak lokasi yang masih tiada ALC.


JEMPUTAN

MAJLIS PELANCARAN ALC PINGGIRAN BT. CAVES
& TAKLIMAT TEKNIK AL-BAGHDADI

Tarikh : 15 Januari 2012
Masa : 8 malam
Tempat : ALC Pinggiran Bt. Caves (Atas Restoran Qudrat)

Semua muslimin & muslimat yang berhampiran dan berkelapangan di jemput hadir!

Jan 6, 2012

Lebih 100,000 Telah Menyertai Pembelajaran Al-Quran Dengan Teknik Al-Baghdadi


Lebih 100,000 orang telah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. sama ada menerusi pusat pada peringkat awal dan melalui rangkaian Al-Baghdadi Training Centre (ATC) di setiap negeri serta Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) di setiap daerah bagi seluruh negara dalam tempoh 3 tahun .

Jumlah ini menunjukkan satu tanda bahawa masyarakat mulai sedar kepentingan mempelajari al-Quran sebagai tunjang kehidupan masyarakat Islam. Kursus yang diadakan secara berterusan oleh pihak Al-Baghdadi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui teknik ini secara lebih dekat.

Pengenalan

’Teknik Al-Baghdadi’ mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Ust Jalaluddin bin Haji Hassanuddin yang memiliki Ijazah Sarjanamuda dalam bidang Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran dari Saddam University for Islamic Studies, Baghdad, Iraq. Beliau yang telah melibatkan diri lebih 10 tahun dalam pendidikan Al-Quran mengambil inisiatif untuk melakukan transformasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran Al-Quran supaya pembelajaran Al-Quran lebih mudah, menarik dan berkesan serta dapat dikuasai dalam masa yang singkat.

Melalui pendekatan sistem SAS yang diterapkan dalam penyusunan buku ini dan digabungkan dengan Teknik Ketukan, menjadikan kaedah ini sangat mudah dipelajari, menarik dan sangat berkesan bagi mereka yang masih tidak tahu membaca al-Quran.

Penerimaan Masyarakat

Transformasi dalam pembelajaran dan pengajaran al-Quran yang telah dilakukan melalui teknik ini dengan moto “Belajar Al-Quran Mudah, Menarik Dan Berkesan Dengan Teknik Al-Baghdadi’ menjadi tumpuan organisasi korporat, NGO dan masyarakat mendekati al-Quran sebagai sumber rujukan dan amalan dalam kehidupan. Pelbagai syarikat korporat seperti Takaful Ikhlas telah mengambil inisiatif memperkenalkan teknik ini kepada semua kakitangannya. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam dan Politeknik Sultan Azlan Shah telah menganjurkan kursus Teknik Al-Baghdadi kepada pegawai dan kakitangan mereka.

Teknik ini juga telah dipilih menyertai pembentangan kertas kerja di Seminar Wahyu dan Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Jan 3, 2012

10 Sebab Mengapa Perlu Belajar Al-Quran dengan Teknik AlBaghdadi


10 SEBAB MENGAPA PERLU BELAJAR ALQURAN DENGAN TEKNIK AL-BAGHDADI DI KELAB AL-BAGHDADI.

Mempelajari Asas Al-Quran dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi mempunyai kelainannya tersendiri. Kelab Al-Baghdadi diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari teknik ini dengan lebih berkesan lagi . Terdapat 10 sebab mengapa kita perlu mempelajari asas al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi melalui kelab ini.

  1. 1.MUDAH
    Teknik Al-Baghdadi merupakan 1 teknik mempelajari asas al-Quran yang sangat mudah. Dengan menggunakan pendekatan SAS (Struktur, Analisis dan Sentisis) kita akan dapat menyebut dan menguasai 336 bunyi dengan baik dan tepat.Seterusnya dapat membaca Al-Quran dengan baik.
  2. 2.PADAT
    Untuk seseorang itu dapat membaca Al-Quran dengan sebutan makhraj yang betul, teknik ini hanya memerlukan 1 buah buku yang ringkas tetapi padat. Hanya terdapat 22 muka surat sahaja dalam buku Tamhid (asas) sudah cukup untuk mempelajari asas Al-Quran.
  3. 3.MENARIK
    Teknik ini sangat menarik kerana di dalam mempelajarinya, kita akan menggunakan kombinasi pancaindera penglihatan, pendengaran, pertuturan dan kinestetik (pergerakan) dengan menggunakan beberapa peralatan seperti alat ketuk, kad imbasan dan permainan ‘Playtime’ yang tidak terdapat dalam kaedah-kaedah yang lain. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan.
  4. 4.CEPAT
    Oleh kerana bilangan mukasuratnya yang sedikit, secara lojiknya jika mempelajari teknik ini sebanyak 1 muka surat selama 1 hari, maka ia hanya memerlukan 22 hari sahaja untuk membolehkan seseorang itu dapat membaca al-Quran. Jika 1 muka surat dapat dikuasai hanya dengan 1 jam, maka ia hanya memerlukan 22 jam (kurang dari sehari) sahaja untuk dapat membaca al-Quran.
  5. 5.SESUAI
    Kaedah TERBAIK ialah kaedah yang paling sesuai dengan seseorang itu. Ternyata dan terbukti Teknik Al-Baghdadi sesuai untuk semua golongan tanpa mengira perbezaan umur mahupun tahap pembacaan al-Quran seseorang. Bagi mereka yang masih belum tahu membaca al-Quran ,inilah pilihannya untuk mempelajari asas Al-Quran. Bagi mereka yang telah mahir al-Quran inilah teknik yang boleh digunakan untuk membantu orang lain mempelajari asas al-Quran.
  6. 6.TERBUKTI
    Teknik Al-Baghdadi telah 3 tahun digunakan di Malaysia, ia telah membantu lebih 100,000 umat Islam membaca Al-Quran dengan lebih sempurna iaitu dengan bacaan secara ‘Tartil’. Kini masyarakat telah menerima teknik ini sebagai pilihan terbaik dan terkini. Banyak testimoni yang telah diperolehi mengenai kelebihan teknik ini.
  7. 7.YURAN BERPATUTAN
    Yuran untuk menyertai kelab Al-Baghdadi amat berpatutan. Dengan kadar bayaran serendah RM25.00 untuk 1 sesi pembelajaran selama 2 jam, ia sangat berbaloi. Tidak ada yang lebih berharga di dalam kehidupan seorang Muslim selain dapat membaca al-Quran dengan baik seperti apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.
  8. 8.MENGAKTIFKAN MINDA
    Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran (minda)melalui otak. Otak kiri dan otak kanan mempunyi tugas dan fungsinya tersendiri. Melalui penggunaan alat ketuk dalam teknik Al-Baghdadi , minda kiri dan kanan akan terangsang secara fisiologinya kerana hasil kombinasi pergerakan tangan (pergerakan kanan dan kiri) yang diiringi dengan menyebut bunyi-bunyi 29 makhraj huruf hijaiyah . Proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan kita akan dapat memberikan fokus ketika belajar.
  9. 9.PILIHAN SESI
    Program Kelab Al-Baghdadi di adakan di seluruh Al-Baghdadi Training Centre (ATC) dan Al-Baghdadi Learning Centre(ALC) yang terdapat di negeri dan daerah di Malaysia. Peserta boleh memilih sesi yang sesuai dengan pilihan mereka. Ada sesi pagi, sesi petang, sesi malam dan sesi hujung minggu.
  10. 10.PILIHAN LOKASI
    Kini teknik ini boleh dipelajari di pusat-pusat pembelajaran al-Quran ATC dan ALC di seluruh negara. Pengambilan baru untuk sesi Januari 2012 telah dibuka. Kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak Permai, Wira Damai, Kg. Laksamana, Kg Nakhoda & yang berdekatan bolehlah menghubungi 0199610849/0139220849. Selamat menyertai Kelab Al-Baghdadi.

Muqaddimah & Pembuka Tirai 2012


Assalamualaikum wbt.

Dengan Nama Allah, maka ALC Pingiran Bt. Caves akan mengorak langkah bersama Al-Baghdadi untuk mengembagkan ilmu Al-Quran dan melahirkan golongan masyarakat yang pandai membaca Al-Quran. Kepada yang berminat untuk belajar teknik Al-Baghdadi boleh hubungi saya 0199610849.

Wassalam.