Mar 7, 2012

Al-Baghdadi Keluar 3 Produk Baru

pendigitalAl-Baghdadi Method Sdn. Bhd. akan mengeluarkan 3 produk barunya dalam masa terdekat. Menurut pengasas teknik Al-Baghdadi, Ust Jalaluddin ketika mengumumkannya di dalam mesyuarat bersama Pengarah-Pengarah ATC baru-baru ini di Shah Alam berkata, 2 di antaranya ialah 'Pen Digital Tamhid' dan 'CD Lagu Al-Baghdadi' yang dibangunkan bersama kumpulan nasyid Devotees.

Produk -produk ini akan dilancarkan seawal bulan April akan datang, dan berada dipasaran menjelang bulan Mei 2012. Orang ramai boleh mendapatkannya di ATC-ATC Negeri di seluruh Malaysia. Al-Baghdadi merupakan satu jenama tekni pembelajaran asas al-Quran yang kini menjadi buah mulut masyarakat.

Sambutannya kini diluar dugaan ketika sesi taklimat, kursus mahupun pendaftaran kelab Al-Baghdadi diadakan.di seluruh negara.

0 comments:

Post a Comment