Mar 12, 2012

MAKLUMAT TERKINI BERKENAAN KELAS KANAK-KANAK

Assalamualaikum. wbt.

Kami dari pihak ALC.PBC memohon jutaan maaf kepada semua pelajar & ibu bapa di atas beberapa teknikal yang sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan dengan itu, disertakan penjelasan di bawah ini, mudah-mudahan dapat mencerahkan beberapa permasalahan yang telah berlaku ;

1- Guru yang mengajar pada Kelas kanak-kanak hari Jumaat (8-10 mlm) iaitu Ustazah Hairul Azimah telah menarik diri dari mengajar kelas tersebut di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan telah digantikan dengan Ustaz Zainul yang juga merupakan Guru Perunding Al-Baghdadi yang berpengalaman mengajar kanak-kanak.

2- Jadual tetap kelas kanak-kanak ialah pada setiap Isnin (8-10 mlm) dan Jumaat (8-10 mlm) sahaja. Adapaun Jadual Kelas Kanak-kanak pada hari Ahad di batalkan bermula sekarang kerana setelah berbincang dengan guru yang mengajar (Us Zainul), maka dia mengatakan sudah memadai pada malam Jumaat sahaja dan beberapa faktor diri beliau.

3- Beberapa pelajar dari kelas kanak-kanak hari ISnin dicadangkan pindah/masuk ke kelas hari Jumaat di atas beberapa faktor, di mana pihak kami melihat pelajar-pelajar tersebut pelru di beri perhatian lebih dan belajar bermula dari awala iaitu pelajaran 1. Setelah mengadakan beberapa perbincangan dengan guru-guru yang mengajar, maka inisiatif yang telah kami sepakat ini merupakan antara tindakan dan keputusan untuk penambahbaikan kepada pembelajaran pelajar-pelajar terbabit.

Harap Maklum. sebarang masalah dan maklumat lanjut boleh hubungi terus Ustaz Zarimi di talian 0199610849.

Sekian Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment